ad
BERITA UTAMA

Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia

18 Mac 2025, 10:00 AM
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia
Festival turath siri tiga buka tirai Julai, tampil tokoh muslim berpengaruh dunia

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Negeri meneruskan penganjuran Festival Turath Islami Selangor pada 11 hingga 19 Julai depan bagi menyemarakkan lagi pengajian kitab Islam.

Dato’ Menteri Besar berkata program kali ketiga itu bakal menampilkan lebih ramai tokoh Islam termasuk tokoh muslim berpengaruh dunia Mufti Muhammad Taqi Usmani.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, festival turath tahun ini turut menganjurkan Pesta Buku Islami Selangor dan Pameran al-Wahyu yang memaparkan institusi pondok dan pesantren.

[caption id="attachment_692099" align="aligncenter" width="770"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas sambutan Hari Nuzul Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selain itu, kita juga akan membawa bekas Mufti Agung Mesir Dr Ali Jum’ah, ulama tafsir dari Magribi Syeikh Mustafa al-Bahyawi dan beberapa tokoh ulama tempatan serta Nusantara.

“Antara pengisian utama adalah sesi bacaan dan kupasan tafsir surah terpilih dari kitab Tafsir Jalalain dan munaqasyah ilmiah bersama ulama antarabangsa serta syarahan perdana,” katanya.

Beliau ditemui pada program sambutan Nuzul al-Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 di Dewan Megawati, kediaman rasminya di sini, hari ini.

Turut hadir EXCO Agama Dr Fahmi Ngah, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Shahzihan Ahmad dan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

[caption id="attachment_692090" align="aligncenter" width="739"] Kaum muslimat membaca al-Quran sempena Hari Nuzul al-Quran dan Pelancaran Festival Turath Islami Selangor 2025 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 18 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Amirudin menyifatkan penganjuran festival turath merupakan suntikan kerohanian yang diperlukan umat Islam, khususnya pada zaman yang penuh mencabar ketika ini.

“Ada manusia yang jiwanya resah walaupun berpangkat tinggi dan mempunyai ilmu yang sangat mendalam. Di sinilah suntikan kerohanian sangat diperlukan pada zaman ini.

“Hari ini kesihatan akal manusia sudah berada pada tahap maksimum, sebab itu kita melihat banyak kes bunuh diri berlaku ketika pandemik. Dan ketika itulah saya tahu kita perlukan suntikan kerohanian yang jelas,” katanya.

Mula dianjurkan pada 2023, Festival Turath Islami Selangor merupakan ilham Amirudin yang berhasrat menghidupkan pengajian Islam secara tradisional di negeri ini dan seterusnya berkembang ke seluruh negara.

[caption id="attachment_684906" align="aligncenter" width="785"] Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah (dua, kiri) menyampaikan syarahan ketika program Maulid Syarabut dan Qasidah serta Tausiyah Perdana sempena Festival Turath Islami Selangor di masjid negeri, Shah Alam pada 31 Mei 2024. Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan). FOTO HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_647779" align="aligncenter" width="728"] EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohamad Fahmi Ngah melawat pameran pada majlis pembukaan Pameran al-Wahyu pada Festival Turath Islami Selangor 2024 yang diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_582783" align="aligncenter" width="775"] Orang ramai membeli buku keluaran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) ketika Seminar Penghayatan Ihya' Ulumuddin sempena Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.