Rutin penghuni Pusat Tahfiz Madrasatul Quran Darussalamah (MQDS), Setia Alam di Shah Alam sepanjang Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain.
Seawal sepertiga malam, jadual mereka bermula dengan solat tahajud, qiyamullail dan witir sebelum bersahur serta solat Subuh berjemaah.
Jadual kesemua 90 pelajar termasuk paling kecil berusia 13 tahun turut dipenuhi dengan pembacaan 30 juzuk al-Quran dan hafazan di mana disiplin tinggi itu membolehkan mereka menghafal kitab suci itu.
Menariknya, MQDS berjaya melahirkan 30 pelajar yang dilantik sebagai imam tarawih di seluruh negeri dengan sebahagian besarnya mampu memimpin solat berkenaan sepanjang Ramadan.
Sempena sambutan Nuzul Quran, Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN berkesempatan merakam kehidupan harian penghuni MQDS, yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
[caption id="attachment_692052" align="aligncenter" width="989"] Haziq Md Azmi, 13, pelajar paling muda di MQDS membetulkan serban sebelum memasuki kelas.[/caption]
[caption id="attachment_692051" align="aligncenter" width="1022"] Pelajar MQDS berhimpun mendengar taklimat pagi daripada pengetua dan guru.[/caption]
[caption id="attachment_692053" align="aligncenter" width="1125"] Masa lapang dimanfaatkan sebaiknya untuk menghafal al-Quran termasuk di dalam bilik.[/caption]
[caption id="attachment_692054" align="aligncenter" width="1192"] Selain menghafal, pelajar tahfiz dididik menguruskan hidup supaya lebih berdikari. [/caption]
[caption id="attachment_692055" align="aligncenter" width="1185"] Riadah secara sihat, antara aktiviti penghuni tahfiz bersama rakan sebaya ketika masa lapang.[/caption]
[caption id="attachment_692056" align="aligncenter" width="1171"] Pelajar mengisi masa terluang dengan berkongsi bahan bacaan sama ada buku ilmiah, komik, pertanian dan sebagainya.[/caption]
[caption id="attachment_692057" align="aligncenter" width="1058"] Pelajar beriadah dengan bermain bola tampar pada waktu petang.[/caption]
[caption id="attachment_692058" align="aligncenter" width="1044"] Pengetua Madrasatul Quran Darussalamah (MQDS) Muhammad Amir Hadi (tengah) ketika sesi perhimpunan pagi bersama anak muridnya di Taman Alam Nusantara, Setia Alam.[/caption]
[caption id="attachment_692059" align="aligncenter" width="1296"]T Muhammad Nabil Fakhri Abdullah, 18, mengetuai solat tarawih di Surau Al-Ihsan Setia Alam, Shah Alam.[/caption]
[caption id="attachment_692060" align="aligncenter" width="1168"] Makan dalam talam antara tradisi pelajar tahfiz MQDS sepanjang bulan Ramadan selain mengeratkan ukhwah.[/caption]
[caption id="attachment_692061" align="aligncenter" width="1091"] Pelajar tahfiz MQDS bergotong-royong menyediakan makanan untuk berbuka puasa di Surau Al-Ihsan Setia Alam, Shah Alam.[/caption]