ad
AGENDA

Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah diramal hujan berterusan hingga 23 Mac

17 Mac 2025, 8:40 AM
Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah diramal hujan berterusan hingga 23 Mac

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 18 hingga 20 Mac, serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.