SHAH ALAM, 17 MAC: Sejumlah RM170,000 diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan kepada masjid dan surau bagi menyemarak program Ramadan dan Aidilfitri.
Wakil rakyatnya berkata jumlah itu RM40,000 diagih kepada 26 surau dengan masing-masing menerima RM1,000 manakala enam masjid dan satu surau solat Jumaat (RM2,000).
"Sempena Aidilfitri, kita turut mengagihkan 650 baucar Jom Shopping bernilai RM200 kepada keluarga umat Islam yang kurang berkemampuan di DUN Bukit Lanjan.
"Baucar akan mula diedar selama dua hari bermula 22 hingga 23 Mac ini di Pasaraya NSK Kota Damansara," kata Pua Pei Ling kepada Media Selangor.
Tahun ini, Kerajaan Negeri menyediakan 36,350 baucar bernilai RM200 melibatkan peruntukan lebih RM7.2 juta bakal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah negeri ini.
Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM12 juta yang disediakan bagi membantu keluarga kurang mampu untuk menyambut perayaan utama termasuk Tahun Baharu Cina dan Deepavali.