ad
AGENDA

1.25 juta rakyat dapat manfaat menerusi 95 siri Jualan Madani tahun lalu

16 Mac 2025, 10:00 AM
1.25 juta rakyat dapat manfaat menerusi 95 siri Jualan Madani tahun lalu
1.25 juta rakyat dapat manfaat menerusi 95 siri Jualan Madani tahun lalu
1.25 juta rakyat dapat manfaat menerusi 95 siri Jualan Madani tahun lalu

KUALA SELANGOR, 16 MAC: Kira-kira 1.25 juta rakyat mendapat manfaat menerusi penganjuran Jualan Madani sepanjang tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Datuk Seri R Ramanan berkata sebanyak RM2.40 juta insentif disalurkan bagi menjayakan 95 siri jualan murah berkenaan dengan nilai jualan RM8.08 juta diraih.

[caption id="attachment_691767" align="aligncenter" width="761"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan berucap ketika program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Di Selangor sahaja enam jualan Madani dilaksanakan dan ia berjaya memanfaatkan 218,077 rakyat dengan rekod jualan RM362,500.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan meneruskan Jualan Madani sepanjang tahun ini dan setakat Mac kita telah menganjurkan 16 kali di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jualan Madani Raya Aidilfitri 2025 di Dewan MPKS Saujana Utama di sini hari ini.

[caption id="attachment_691755" align="aligncenter" width="812"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan melawat gerai jualan program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Ramanan berkata rakyat Selangor juga boleh mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah di 226 CoopMart di seluruh negeri ini.

Mula diperkenalkan 2023, penganjuran Jualan Madani bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, telur dan ayam dijual pada harga murah berbanding pasaran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.