ad
AGENDA

Bantu orang susah, ahli parlimen sumbang gaji, elaun kepada rumah ibadat

16 Mac 2025, 7:47 AM
Bantu orang susah, ahli parlimen sumbang gaji, elaun kepada rumah ibadat
Bantu orang susah, ahli parlimen sumbang gaji, elaun kepada rumah ibadat

KUALA SELANGOR, 16 MAC: Ahli parlimen Sungai Buloh menyumbang gaji dan elaunnya kepada semua jenis rumah ibadat kawasan berkenaan sejak menjadi wakil rakyat.

Dato’ Seri R Ramanan berkata dana itu bukan untuk membaik pulih institusi berkenaan sebaliknya membantu individu kurang bernasib baik dalam kalangan penganut.

“Sumbangan gaji saya ini sudah berjalan selama dua tahun setengah, sejak hari pertama saya menerima gaji selepas menang pilihan raya.

"Gaji dan elaun ini diedarkan kepada semua masjid, surau, kuil, tokong serta gereja,” katanya selepas merasmikan Jualan Madani Raya Aidilfitri di Dewan MPKS Saujana Utama, Sungai Buloh di sini, hari ini.

[caption id="attachment_691758" align="alignnone" width="848"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan menyerahkan sumbangan bakul makanan ketika program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ramanan yang juga timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata dana itu juga bagi membantu individu memerlukan daripada aspek keperluan harian atau pendidikan anak.

“Pihak pengurusan rumah ibadat yang akan menentukan cara terbaik untuk menyalurkannya dan individu yang memerlukan boleh memohon daripada mereka.

“Ada dalam kalangan mereka yang mungkin memerlukan bantuan segera, sama ada untuk perjalanan pulang, perbelanjaan sekolah anak-anak, atau barangan keperluan harian,” katanya.

Menurut Ramanan lagi, hampir RM700,000 disumbangkan kepada pelbagai rumah ibadat di kawasan Sungai Buloh setakat ini.

Beliau menegaskan dana tersebut disalurkan melalui satu akaun gaji khusus dan akan dipaparkan secara telus selepas tempoh lima tahun perkhidmatannya berakhir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.