ad
AGENDA

Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri

16 Mac 2025, 6:04 AM
Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri
Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri
Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri
Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri
Jualan Madani tawar potongan 50 peratus, bantu rakyat buat persiapan Aidilfitri

KUALA SELANGOR, 16 MAC: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas dengan tawaran harga sehingga 50 peratus menerusi program Jualan Madani Aidilfitri di Dewan MPKS Saujana Utama, Sungai Buloh.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata program dua hari sejak semalam dianjurkan bagi membantu lebih ramai rakyat khususnya umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

[caption id="attachment_691757" align="aligncenter" width="812"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan bercakap kepada media ketika program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Inisiatif ini diambil kerana kita memahami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Justeru, program Jualan Madani ini dianjurkan bagi meringankan beban rakyat dengan tawaran potongan 20 peratus dan tambahan lagi 30 peratus daripada saya bagi semua barangan,” kata Datuk Seri R Ramanan ketika ditemui selepas merasmikan jualan berkenaan.

[caption id="attachment_691759" align="aligncenter" width="752"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (tengah) bersama penerima cek cura bantuan dan pembiayaan ketika program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Ramanan turut menyerahkan cek cura pembiayaanTabung Modal Pusingan dan Geran Bantuan Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Malaysia bernilai RM4.01 juta kepada empat koperasi dan turut menyampaikan bakul makanan kepada asnaf sekitar Sungai Buloh.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh memberitahu jualan murah berkenaan akan diteruskan beberapa kali lagi sehingga hujung tahun ini.

"Saya sendiri akan terus memberi subsidi supaya jualan ini akan menjadi Jualan Madani termurah di seluruh negara.

"Tahun lalu, sejumlah RM120,000 diraih menerusi penganjuran lima kali Jualan Madani," katanya.

Mula diperkenalkan 2023, program Jualan Madani yang dianjurkan di serata negara bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas antaranya seperti beras, gula, tepung, telur dan ayam dijual pada harga murah berbanding pasaran.

[caption id="attachment_691758" align="aligncenter" width="791"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan menyerahkan sumbangan bakul makanan ketika program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_691755" align="aligncenter" width="913"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan melawat gerai jualan program Jualan Madani Raya (PJMR) di Dewan MDKS Saujana Utama, Kuala Selangor pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.