SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan Negeri masih membuka pendaftaran Skim Air Darul Ehsan (SADE) kepada penduduk berkelayakan hingga hujung tahun ini.
Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri skim khusus kepada warganegara yang menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000.
"Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup untuk rakyat Selangor! Pendaftaran masih dibuka sehingga hujung tahun ini.
"Bagi anda yang layak memohon. Jangan lepaskan peluang ini!,"katanya di Facebook.
Bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri mengubah syarat kelayakan dengan menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.
Jun lalu, Air Selangor memaklumkan seramai 285,673 penerima manfaat SADE dengan kos lebih RM30 juta ditanggung oleh Kerajaan Selangor setiap tahun.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari www.airselangor.com