ad
AGENDA

Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal (VIDEO)

15 Mac 2025, 2:00 PM
Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal (VIDEO)

SHAH ALAM, 15 MAC: Allah SWT menggambarkan keajaiban melalui ciptaan seekor burung agar manusia mengingati tentang kekuasaanNya termasuk dalam soal rezeki.

Demikian kupasan Habib Ali Zaenal Abidin ketika menghurai ayat ke-19 hingga 21 Surah Al-Mulk menjelaskan bahawa jika seseorang benar-benar bertawakal, rezekinya dijamin Allah.

Menurut pencemarah bebas itu, Allah memberi gambaran burung yang terbang atau berada di atas tetapi rezekinya di bawah iaitu tanah sebagai hikmah bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja.

"Dalam satu hadis Nabi Muhammad bersabda, kalau kamu benar-benar bertawakal dalam mencari rezeki maka kamu akan diberi rezeki oleh Allah seperti mana seekor burung yang keluar daripada tempatnya dalam keadaan yang lapar dan balik petang dalam keadaan kenyang.

"Tawakal burung itu kepada Allah tapi ia berusaha, dengan demikian rezeki tetap dijamin oleh Allah," katanya dalam program 30 hari 30 ayat al-Quran sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar.

Tambah beliau, ayat itu juga memperincikan tentang ilmu berkaitan graviti bagaimana seekor burung kekal terbang di udara dengan menggunakan teknik ayunan pada sayapnya.

"Kenapa burung tidak jatuh ikut graviti? Kerana Allah yang mencegahnya," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata surah berkenaan menjadi akidah dan peringatan bagaimana hubungan dan perasaan manusia sebagai hamba terhadap Allah sebagai pencipta.

"Sebagai orang yang diberi amanah dan kepimpinan.. kita capai kejayaan, mungkin kejayaan itu hebat, pelaburannya besar, ekonominya mantap tetapi kerajaan Allah ini satu perkara yang kecil seperti burung pun tidak mampu dilawan oleh manusia," katanya.

Terdahulu tiga ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1900805407834337406[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.