HULU LANGAT, 15 MAC: Seramai 2,046 anak yatim daerah Hulu Langat menerima sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjumlah RM306,900 sempena Aidilfitri tahun ini.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hari ini berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan berjumlah RM95,100 kepada 634 penerima anak yatim daerah ini di Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sini.
Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata baki sumbangan melibatkan 1,412 penerima, berjumlah RM211,800 telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing bagi memastikan mereka tetap menerima bantuan yang diperuntukkan.
“Sumbangan ini merupakan usaha Yide dalam membantu anak-anak yatim menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya dalam sembah ucapan sempena majlis berkenaan hari ini.
Pada majlis itu, Raja Muda turut berkenan menyaksikan penyerahan cek cura kepada Yide, berjumlah RM30,000 yang disumbangkan Yayasan Imanufa’izin.
Mazlan sebelum ini memaklumkan seramai 13,000 anak yatim seluruh Selangor menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.95 juta, tahun ini.
Menurut beliau, YIDE komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak yatim di negeri ini terus terbela, selari titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai kepentingan menjaga kebajikan golongan itu di Selangor.
[caption id="attachment_691658" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691659" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691660" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691663" align="alignnone" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek cura sumbangan Yayasan Imanulfa'izin kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691671" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menunaikan solat Zohor di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691664" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyumbang Infaq Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_691672" align="aligncenter" width="700"] Anak-anak yatim ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat di Masjid Al Azim, Ampang Jaya pada 15 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]