ad
EXCO

Bazar raya di Central i-City bantu usahawan kecil lebar niaga, produk

15 Mac 2025, 7:30 AM
Bazar raya di Central i-City bantu usahawan kecil lebar niaga, produk

SHAH ALAM, 15 MAC: Inisiatif pusat beli belah Central i-City menganjurkan karnival bazar raya membantu merancakkan ekonomi tempatan sekali gus menyokong ekosistem perindustrian kecil dan sederhana (PKS).

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata bazar bertemakan ‘Raya Dulu & Kini’ menjadi landasan  70 usahawan mengembangkan perniagaan dan produk mereka.

“Program seperti ini turut dianjur di beberapa pusat beli belah lain dan ia penting dalam menyokong pembangunan PKS terutama ketika musim perayaan.

“Selain beri peluang usahawan pamer produk mereka juga dapat menjana pendapatan lebih baik dan pada masa sama memudahkan keluarga buat persiapan Aidilfitri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu pengurus pemasaran pusat beli belah itu berkata pihaknya turut menyumbang baucar dan bakul makanan kepada 20 keluarga kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal.

“Ini antara matlamat kami dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat serta memperkukuhkan semangat menghulur bantuan kepada golongan memerlukan.

“Diharap dengan pemberian sumbangan ini dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka,” kata Alfred Chua.

Berlangsung dari 8 Mac hingga 13 April, bazar berkenaan menawarkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri termasuk pakaian dan biskut raya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.