SHAH ALAM, 14 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa mengagih sumbangan berjumlah RM106,000 kepada 47 masjid dan surau di kawasan berkenaan.
Wakil rakyatnya Mohd Kamri Kamaruddin berkata setiap masjid menerima RM5,000 manakala surau RM2,000 bagi memudahkan pihak pengurusannya menjayakan pelbagai program sepanjang Ramadan.
“Sebanyak 43 surau dan 4 masjid menerima sumbangan ini untuk mengimarahkan aktiviti seperti berbuka puasa, sahur dan qiamullail.
“Semoga Ramadan tahun ini dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan buat penduduk Bukit Antarabangsa yang beragama Islam,” katanya ketika dihubungi.
Kamri berkata pihaknya turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan kerusi roda bagi kemudahan anak kariah memerlukan di Surau Addinniah, Bukit Antarabangsa.