ad
AGENDA

Simpanan ratusan ribu lesap gara-gara mahu beli Mazda CX-5 murah

14 Mac 2025, 4:55 AM
Simpanan ratusan ribu lesap gara-gara mahu beli Mazda CX-5 murah

KUANTAN, 14 MAC: Seorang peniaga mengalami kerugian RM119,072.27 akibat terpedaya dengan penjualan kenderaan tidak wujud melalui Facebook pada 6 Mac lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 38 tahun yang tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mazda CX-5 itu, menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp setelah melihat iklan di Facebook.

“Suspek meminta mangsa membuat pembayaran ke dua akaun bank berbeza sebanyak RM119,072.27. Bagaimanapun, suspek memadam akaun Facebook dan menyekat nombor aplikasi WhatsApp mangsa setelah bayaran dibuat olehnya.

“Mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu dan sumber kerugian ialah wang simpanan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan penjualan tawaran murah dan membuat semakan nombor akaun serta nombor telefon terlebih dahulu di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.