ad
AGENDA

Warga emas hilang selepas fisioterapi ditemukan maut di bilik hotel

14 Mac 2025, 12:15 AM
Warga emas hilang selepas fisioterapi ditemukan maut di bilik hotel

IPOH, 14 MAC: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini semalam, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R Thinakaran, 62, kira-kira 4.20 petang semalam.

“Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah hadir ke tempat kejadian untuk mengesahkan kematian dan pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.

“Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada 14 Mac bagi mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah dan foul play.

Abang Zainal Abidin berkata pada 4.49 petang, 11 Mac lepas pihaknya menerima maklumat seorang lelaki warga tempatan tidak pulang-pulang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang dengan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.