ad
AGENSI

Ribut di Sekinchan jejas 48 kediaman, kerugian hingga RM650,000

13 Mac 2025, 10:00 AM
Ribut di Sekinchan jejas 48 kediaman, kerugian hingga RM650,000
Ribut di Sekinchan jejas 48 kediaman, kerugian hingga RM650,000
Ribut di Sekinchan jejas 48 kediaman, kerugian hingga RM650,000

SABAK BERNAM, 13 MAC: Sebanyak 48 rumah di Taman Ria, Sekinchan di sini mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda, petang kelmarin.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam Mohamad Marwan Ahmad Tajuri berkata jumlah kerugian setakat ini mencecah RM650,000 bagi semua jenis kerosakan di kediaman mangsa.

“Pihak kami telah selesai menjalankan dapatan kajian sepanjang tiga hari ini. Tiada tambahan jumlah mangsa.

[caption id="attachment_691366" align="aligncenter" width="687"] Gambar pandangan dari atas (drone) rumah yang rosak teruk akibat ribut dalam kejadian di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang pada 13 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kertas kerja akan dibentang pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk diteliti Kerajaan Negeri untuk tindakan bantuan kepada semua mangsa,” katanya kepada Media Selangor.

Pada masa sama, Marwan memaklumkan seramai 19 mangsa dari lima keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Sekinchan.

“Ada juga dalam kalangan mangsa memilih untuk tinggal bersama keluarga lain. Makanan dan keperluan asas disediakan secukupnya buat mereka yang tinggal di PPS.

[caption id="attachment_691369" align="aligncenter" width="703"] Tinjauan Jurugambar Media Selangor pagi tadi di rumah kedai yang rosak teruk akibat ribut dalam kejadian di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang pada 13 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Anggota keselamatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam ditempatkan di dewan berkenaan untuk memantau kebajikan mereka,” ujarnya.

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan bumbung kediaman penduduk diterbangkan ribut dan air hujan memasuki rumah mereka.

Pada 6 Mac lalu, lapan rumah musnah akibat ribut kencang di Parit 4, Sungai Burong, bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian jam 7.30 pagi itu.

Selain rumah, Sekolah Kebangsaan Parit 4 turut mengalami kerosakan bumbung, kuarters guru, kantin dan garaj kereta.

Berikutan kejadian itu, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM500 kepada semua mangsa yang kediamannya mengalami rosak teruk.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.