ad
AGENDA

MB: Jelajah Kita Selangor dianjur Jun ini, program baharu, menarik dirangka

13 Mac 2025, 1:03 AM
MB: Jelajah Kita Selangor dianjur Jun ini, program baharu, menarik dirangka
MB: Jelajah Kita Selangor dianjur Jun ini, program baharu, menarik dirangka
MB: Jelajah Kita Selangor dianjur Jun ini, program baharu, menarik dirangka
MB: Jelajah Kita Selangor dianjur Jun ini, program baharu, menarik dirangka

HULU SELANGOR, 13 MAC: Program Jelajah Kita Selangor anjuran Kerajaan Negeri bakal dianjur bermula Jun ini dengan beberapa pengisian menarik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya kini sedang melihat kesesuaian lokasi untuk menganjurkan program berkenaan.

“Kita cuba pergi ke semua lokasi hingga hujung tahun ini dengan penumpuan kepada beberapa program baharu yang sedang dirangka,” katanya.

[caption id="attachment_691196" align="aligncenter" width="1050"] Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung Selangor pada 12 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat rumah asnaf menerusi Ziarah Kasih Ihya’ Ramadan di sekitar daerah ini di sini semalam.

Program yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang dianjurkan bermula 2022 menyediakan pelbagai acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara sukan.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

[caption id="attachment_691251" align="aligncenter" width="1152"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi Rozita Abdullah, 48, dan menyampaikan sumbangan bakul makanan di kediamannya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_691204" align="aligncenter" width="856"] Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura berjumlah RM10,000 kepada pengurus Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu Selangor pada 12 Mac 2025. Turut hadir Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tiga, kiri) dan EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim (dua, kiri). Foto.HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.