ad
AGENDA

Pemilihan KEADILAN: Najwan cabar Rodziah untuk ketua cabang Shah Alam

12 Mac 2025, 2:53 PM
Pemilihan KEADILAN: Najwan cabar Rodziah untuk ketua cabang Shah Alam

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 12 MAC: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik akan mencabar Rodziah Ismail selaku penyandang jawatan ketua cabang Shah Alam dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Najwan Halimi, penyandang timbalan ketua cabang Shah Alam, mahu merebut jawatan berkenaan bagi mengukuhkan lagi sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap cabang berkenaan.

“Kami akan menggembleng kekuatan untuk mengukuhkan sokongan dan menawarkan lebih banyak lagi di Shah Alam. Kepentingan Shah Alam terletak pada komposisi berbilang kaum.

“Di Shah Alam, kekuatan Pakatan Harapan sangat bergantung kepada KEADILAN. Jika KEADILAN lemah, ia memberi kesan besar kepada Kerajaan Selangor," katanya dalam sidang media malam ini.

Najwan kini EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan manakala Rodziah bekas EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan (2020-2023)

Sebelum ini, Rodziah mengesahkan akan mempertahankan jawatan ketua cabang Shah Alam dan turut mempertimbangkan untuk bertanding jawatan ketua wanita.

Pemilihan peringkat cabang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April depan manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat pada 24 Mei.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.