ad
AGENSI

Sultan buka puasa bersama rakyat Hulu Selangor, serah sumbangan raya

12 Mac 2025, 1:02 PM
Sultan buka puasa bersama rakyat Hulu Selangor, serah sumbangan raya
Sultan buka puasa bersama rakyat Hulu Selangor, serah sumbangan raya
Sultan buka puasa bersama rakyat Hulu Selangor, serah sumbangan raya

HULU SELANGOR, 12 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa 2 di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM281,000 kepada 562 asnaf terdiri daripada fakir seramai 197 orang, miskin (306) dan mualaf (59), dengan setiap seorang menerima RM500.

[caption id="attachment_691219" align="aligncenter" width="689"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menghadiri majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Saidina Ali, Batang Kali, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sumbangan itu melibatkan jumlah asnaf teramai bagi Ihya’ Ramadan di Selangor tahun ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat di masjid berkenaan.

Masjid Saidina Ali yang dibina di atas tapak berkeluasan 2.77 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM5.2 juta, dirasmikan Baginda pada 2016, mampu memuatkan sehingga 1,800 jemaah pada satu-satu masa.

[caption id="attachment_691220" align="aligncenter" width="725"] Asnaf berbuka puasa di Masjid Saidina Ali, Batang Kali, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.