ad
AGENDA

MB ziarah tiga keluarga asnaf, hulur bantuan bakul makanan

12 Mac 2025, 10:30 AM
MB ziarah tiga keluarga asnaf, hulur bantuan bakul makanan
MB ziarah tiga keluarga asnaf, hulur bantuan bakul makanan
MB ziarah tiga keluarga asnaf, hulur bantuan bakul makanan

HULU SELANGOR, 12 MAC : Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa menziarahi tiga asnaf di kediaman mereka sempena program Ihya’ Ramadan di daerah ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bakul makanan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Beliau ketika ditemui berhasrat menjadikan program santuni asnaf itu sebagai acara tahunan bagi memastikan lebih ramai golongan rentan dapat dibantu.

[caption id="attachment_691195" align="aligncenter" width="793"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi Rozita Abdullah, 48, dan menyampaikan sumbangan bakul makanan di kediamannya di Taman Bunga Raya  Bukit Beruntung Selangor, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini merupakan sebahagian program Ramadan kita di Hulu Selangor hari ini iaitu selain berbuka kita juga santuni asnaf terpilih dan peniaga di bazar.

“Insya-Allah, program ini akan dijadikan tradisi pada masa akan datang. Terima kasih kepada agensi yang memberi sumbangan meringankan beban asnaf ini,” katanya.

Terdahulu, Amirudin turut menziarahi kediaman Ahli Parlimen Hulu Selangor Mohd Hasnizan Harun bagi bertanya khabar keadaan kesihatannya selepas menjalani rawatan jantung.

Sementara itu, salah seorang asnaf yang juga penghidap barah usus Rozita Abdullah, 48, teruja apabila mendapat tahu Dato’ Menteri Besar mahu berkunjung ke kediamannya hari ini.

[caption id="attachment_691197" align="aligncenter" width="776"] Rozita Abdullah, 48, bercakap kepada media selepas menerima kunjungan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya baharu tahu semalam Dato’ Seri mahu datang, gembira sangat. Terima kasih kerana sudi ke rumah kami dan menghulurkan sumbangan, boleh bantu tampung untuk Ramadan dan Hari Raya nanti.

“Terima kasih, maaf jika ada kekurangan. Semoga inisiatif turun padang berjumpa rakyat ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata ibu seorang anak itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.