ad
AGENSI

Ijtimak Huffaz 22 dan 23 Mac, ribuan berkampung khatam al-Quran

12 Mac 2025, 6:00 AM
Ijtimak Huffaz 22 dan 23 Mac, ribuan berkampung khatam al-Quran

SHAH ALAM, 12 MAC: Seramai 3,000 pelajar tahfiz seluruh negeri bakal berkampung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 22 dan 23 Mac sempena Ijtimak Huffaz Selangor.

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor berkata peserta akan membaca 30 juzuk al-Quran secara hafazan dan mengkhatamnya sepanjang dua hari program.

Menurut Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa, seramai 500 pelajar menyertai hari pertama program, diikuti 2,500 lagi pada hari berikutnya dengan pengisian termasuk tazkirah.

“Kita juga akan menganugerahkan huffaz terbaik, mudir (pengetua) terbaik dan tokoh huffaz terbaik selain meraikan mereka majlis berbuka puasa serta bagi duit raya,” katanya baru-baru ini.

Jelasnya, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Agama Dr Fahmi Ngah, wakil Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor antara jemputan khas yang dijangka hadir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.