ad
BERITA UTAMA

Pakar: Khasiat seimbang rahsia kekal cergas sepanjang Ramadan

12 Mac 2025, 2:00 AM
Pakar: Khasiat seimbang rahsia kekal cergas sepanjang Ramadan
Pakar: Khasiat seimbang rahsia kekal cergas sepanjang Ramadan

Cabaran pada waktu berpuasa untuk mengekalkan keseimbangan nutrisi dalam tubuh kerana waktu makan yang terhad, iaitu antara berbuka dan sahur. Justeru, penting untuk tubuh mendapat nutrien diperlukan untuk memastikan tahap tenaga dan hidrasi yang baik.

Pengambilan juadah makanan yang sesuai dan berzat semasa bersahur dan berbuka amat penting untuk memastikan kesihatan yang optimum lebih-lebih lagi bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan.

Wartawan Media Selangor ABDUL RAHIM SABRI menyusun maklumat dalam slot Bicara Semasa bersama Pengamal Perubatan Am Klinik Selcare Dr Nurkhairatul Ursiah Mohamad Hafif dihoskan oleh SYAZA ATIKAH IBRAHIM bertajuk Ramadan dan Cabaran Kesihatan pada 17 Februari.

 

Kebaikan berpuasa

  • beri kesihatan mental lebih baik
  • rembesan hormon endorfin bawa rasa tenang, gembira
  • tingkat kadar insulin untuk kawal paras gula
  • tingkat metabolisme dan kurangkan berat badan
  • masa terbaik untuk diet atau jaga tubuh

Sahur

  • sebaik-baiknya jam 3 pagi hingga 6 pagi
  • elak makan malam awal tetapi tidak sahur
  • tubuh perlu tenaga untuk 13 atau 14 jam
  • makan juadah tahan kenyang, lambat hadam
  • banyakkan serat, protein, kurang lemak seperti telur, yogurt, oat, kurma
  • minum dua liter air sehari atau 8 gelas
  • disaran makan tiga kurma ketika sahur, berbuka
  • elak nikmati hidangan berlebihan

Berbuka

  • nikmati juadah ringan seperti air, kurma terlebih dahulu
  • perut perlu masa hadam, elak ‘sugar rush’
  • berpada-pada, elak makan berat dalam satu waktu
  • makan berat untuk bina tenaga, riadah dan beribadah

Kelebihan kurma

  • antara makanan terbaik walau luar Ramadan
  • ada karbohidrat, pelbagai zat mineral dan vitamin
  • miliki agen antioksida yang bantu proses hadam
  • tingkat metabolisme, kurang berat badan
  • gula ringkas bekal tenaga, kenyang lebih panjang
  • pesakit buah pinggang, kencing manis dan jantung tidak sesuai

Petua pesakit gastrik

  • digalak pilih makanan tahan kenyang
  • utama juadah mudah cerna, hadam seperti telur, yogurt
  • telur, ikan, ayam, daging tanpa lemak sesuai untuk yang kena gastrik

Bolehkah berdiet?

  • amal diet seimbang iaitu cukup protein, karbohidrat, serat, air
  • pastikan cukup kalori harian
  • lelaki (purata 2,000 – 2,500 kalori/hari)
  • perempuan (purata 1,000 – 1,500 kalori/hari)

Senaman

  • galak riadah intensiti rendah atau sederhana seperti joging atau berjalan. Waktu sesuai antara 30 minit hingga 60 minit sebelum berbuka
  • kemas rumah, sapu sampah, lap lantai boleh dianggap diet kerana bakar lemak
  • sukan intensiti tinggi tidak sesuai. Perlu tenaga banyak, dikhuatiri alami hidrasi. Boleh lakukan antara dua atau tiga jam selepas makan berat atau 60 minit atau 90 minit sebelum sahur
  • saran tangguh kegiatan bina otot kerana perlu banyak tenaga.
  • [caption id="attachment_691130" align="aligncenter" width="817"] Pengamal Perubatan Am Klinik Selcare Dr Nurkhairatul Ursiah Mohamad Hafif[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.