SHAH ALAM, 10 MAC: Agihan kupon digital RM10 yang dilaksana di 10 bazar Ramadan menerusi program Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar diperluas ke enam lagi bazar.
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata penambahan itu membabitkan bazar di SS6 Kelana Jaya, Seksyen 4 dan Seksyen 7 Kota Damansara, Taman Medan, Taman Sri Manja dan Vista Damansara.
[caption id="attachment_681837" align="aligncenter" width="794"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika majlis serahan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisek, Hulu Selangor pada 13 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Sebelum ini, 4,000 kupon digital diagihkan di 10 bazar Ramadan tetapi ada penambahan berikutan terdapat tajaan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya berjumlah RM30,000.
“Pengunjung boleh dapatkannya di bazar terbabit mengikut tarikh yang ditetapkan bermula di SS6 Kelana Jaya esok sebanyak 600 kupon digital,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi SelangorKini.
[caption id="attachment_689990" align="aligncenter" width="812"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi menunjukkan kod QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika menyantuni peniaga Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 pada 4 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.
Pada 2023 MBI turut memperkenal Kempen PLATS Masuk Pasar selama dua bulan di 12 lokasi terpilih seluruh negeri dengan mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5.
Setakat Oktober tahun lalu, seramai 40,000 peniaga melibatkan semua produk niaga sudah menyertai platform berkenaan dan Kerajaan Negeri menyasarkan 50,000 peniaga menyertainya menjelang 2026.
[caption id="attachment_681989" align="aligncenter" width="733"] Pengunjung mengimbas kod QR Platform Selangor (PLATS) untuk menebus RM5 yang diberi percuma kepada pengunjung ketika program Plats Masuk Pasar di pasar malam Setia Taipan, Shah Alam pada 7 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]