ad
AGENSI

Garam ancaman senyap, purata rakyat ambil lebihi had disaran WHO

10 Mac 2025, 6:22 AM
Garam ancaman senyap, purata rakyat ambil lebihi had disaran WHO
Garam ancaman senyap, purata rakyat ambil lebihi had disaran WHO

Oleh Aida Nyan

SHAH ALAM, 10 MAC: Kajian terkini mendedahkan rakyat Malaysia secara purata mengambil 1.6 sudu teh garam sehari, melebihi had yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO mencadangkan pengambilan garam harian tidak melebihi 5 gram atau kira-kira 2,000 miligram sodium bagi mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Menurut pengamal perubatan am Klinik Selcare, pengambilan garam berlebihan bukan hanya daripada masakan, tetapi juga melalui makanan semula jadi dan makanan yang diproses.

[caption id="attachment_690890" align="alignright" width="352"] Pengamal Perubatan Am Klinik Selcare Dr Nurkhairatul Ursiah Mohammad Hafif. Foto tangkap layar program Bicara Semasa[/caption]

"Sebanyak 30 peratus daripada orang dewasa tidak sedar mereka ada tekanan darah tinggi," kata Dr Nurkhairatul Ursiah Mohammad Hafif dalam program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

"Kadang-kadang kita rasa bila masak sendiri di rumah, ia cukup sihat tetapi bila masukkan monosodium glutamat (MSG) dan sebagainya, ia merupakan elemen garam."

Beliau turut berkongsi tips mengurangkan kadar pengambilan garam:

1. Kurangkan garam semasa memasak: Garam sekadar cukup rasa dan ganti dengan herba semula jadi

2. Baca label makanan: Periksa kandungan sodium dan pilih yang lebih rendah garam

3. Guna perencah semula jadi: Elak perencah siap yang tinggi kandungan garam, cuba bahan semula jadi seperti bawang putih, halia, atau lada hitam

4. Didik diri dan keluarga: Didik tentang bahaya garam berlebihan dan cara mengurangkannya

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.