Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024 (PTGSA 24) bermula 14 Januari sehingga 14 Mac ini. Ia merupakan satu daripada 10 pameran seni bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025)
PTGSA24 dijadikan sebagai medan penyatuan bakat seni dari pelbagai latar belakang, kreativiti dan memupuk kefahaman seni dalam kalangan masyarakat.
Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan kemasukan adalah percuma.
Jurufoto NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan NUR FATIHAH HAMIZI mengikuti pelancaran PTGSA 24 di Galeri Shah Alam pada 27 Februari 2025.
[caption id="attachment_690843" align="aligncenter" width="808"] Ketua Balai Seni Negara Ameruddin Ahmad (tengah) diiringi Pengarah Yayasan Seni Selangor Kahar Mohd Yusof (kanan) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024 di Seksyen 14, Shah Alam[/caption]
[caption id="attachment_690844" align="aligncenter" width="1092"] Karya Nur Batrisya Dania Mohd Airul Nizam bertajuk pakaian Barongan dipamerkan di Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024[/caption]
[caption id="attachment_690842" align="aligncenter" width="1296"] Karya Muhammad Faizal Abd Majid bertajuk Lentur di Galeri Shah Alam[/caption]
[caption id="attachment_690845" align="aligncenter" width="994"] Pengunjung merakam kenangan dihadapan karya Nur Ameera Nabihah Mohd Ghazalee bertajuk Peninggalan Moyang ketika Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024[/caption]
[caption id="attachment_690846" align="aligncenter" width="1290"] Karya Kamalin Mastura Kamsan bertajuk 73 Pintu antara menarik perhatian[/caption]
[caption id="attachment_690848" align="aligncenter" width="1047"] Pengunjung melihat karya Shirley Chu Siow Eng bertajuk Bunga Plum mewakili kekuatan dan keberanian[/caption]
[caption id="attachment_690859" align="aligncenter" width="1023"] Karya Zaidatul Assyura Zabri bertajuk Badge of Honour ketika Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2024[/caption]
[caption id="attachment_690860" align="aligncenter" width="1114"] Pengunjung melihat karya Mohamad Syafiq Mohamad Sabri bertajuk Series of Toy[/caption]
[caption id="attachment_690861" align="aligncenter" width="1111"] Karya Gavin Yong Yi Onn bertajuk Harmoni Kampungku antara menarik di PTGSA 24[/caption]
[caption id="attachment_690862" align="aligncenter" width="1293"] Karya Muhammad Faris Abdullah bertajuk Vision turut menyertai PTGSA 24[/caption]