ad
AGENSI

Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai

10 Mac 2025, 1:35 AM
Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai
Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai
Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai
Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai
Yide: Asrama anak yatim jangka siap tahun depan, seru infak orang ramai

KLANG, 10 MAC: Projek pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Pulau Indah di sini mencapai kemajuan 62.5 peratus, setakat 7 Mac.

Pengerusi Yide, Tan Sri Mazlan Mansor memaklumkan, kos keseluruhan pembinaan kompleks itu dianggarkan sekitar RM17 juta, dan pihaknya memerlukan kira-kira RM7 juta lagi untuk pembinaan fasiliti itu yang dijangka siap sepenuhnya hujung Januari tahun depan.

“Anggaran kos keseluruhan kira-kira RM17 juta, kita masih kekurangan RM7 juta lagi. Kita ada strategi tertentu bagi menampung. Bagaimanapun saya seru masyarakat untuk menyumbang kepada pembangunan asrama (anak yatim) Yide.

[caption id="attachment_690828" align="alignleft" width="500"] Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor bercakap kepada media selepas majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita yakin boleh dikumpulkan jumlah itu dengan perancangan yang ada. Kita juga telah uar-uarkan kepada syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor untuk menyumbang kepada pembinaan asrama anak yatim Yide ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Al-Islah, Kampung Sementa di sini semalam.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan serahan sumbangan Aidilfitri kepada 660 anak yatim daerah Klang berjumlah RM99,000.

Ia adalah sebahagian daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM345,300 yang diperuntukkan untuk 2,302 anak yatim daerah Klang bagi sumbangan Aidilfitri, tahun ini.

Sebelum ini, Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah memaklumkan kompleks itu bakal menempatkan sekitar 200 anak yatim dengan fasiliti lengkap dan kondusif seperti asrama, surau, dewan serbaguna, pusat komersial dan gelanggang permainan.

Menurutnya orang ramai boleh berinfak untuk pembinaan kompleks tersebut melalui pautan yide.com.my/infaq-kompleks-anak-yatim/.

Yide merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

[caption id="attachment_690832" align="aligncenter" width="1174"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_690830" align="aligncenter" width="1089"] Anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_690739" align="aligncenter" width="1175"] Anak yatim menunjukkan duit raya ketika majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.