ad
AGENDA

Mangsa bah Sabah meningkat kepada 4,122 orang takat 8 pagi tadi

10 Mac 2025, 12:41 AM
Mangsa bah Sabah meningkat kepada 4,122 orang takat 8 pagi tadi

KOTA KINABALU, 10 MAC: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Di Beaufort, empat PPS beroperasi dengan 1,339 orang daripada 432 keluarga, manakala dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.

Selain itu, dua PPS di Sook menempatkan 1,031 orang daripada 241 keluarga, sementara dua PPS di Keningau menampung 137 orang daripada 51 keluarga.

“37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom, lima di Sook, serta dua di Keningau. Trend pemindahan di semua PPS kekal,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.