ad
BERITA UTAMA

MB kunjungi bazar Ramadan Greenwood, edar 250 pek bubur lambuk

9 Mac 2025, 3:00 PM
MB kunjungi bazar Ramadan Greenwood, edar 250 pek bubur lambuk
MB kunjungi bazar Ramadan Greenwood, edar 250 pek bubur lambuk

GOMBAK, 9 MAC: Dato’ Menteri Besar mengunjungi bazar Ramadan Dataran Shell Taman Greenwood di sini bagi mengedar bubur lambuk serta kurma kepada pengunjung dan peniaga, petang tadi.

Dato’ Sri Amirudin Shari yang tiba pada pukul 5.30 petang memulakan program anjuran Parlimen Gombak dengan menyampaikan 250 pek bubur lambuk berserta 130 kotak kurma kepada orang ramai.

Hadir sama Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Rahim Kasdi, Pegawai Daerah Gombak Azlina Aziz dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 3 Mazlan Musa.

[caption id="attachment_690786" align="alignnone" width="845"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengedar kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung di bazar Ramadan Taman Greenwood, Gombak pada 9 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyantuni para peniaga sambil mengambil peluang membeli beberapa jenis juadah.

Amirudin seterusnya berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau Al Ehsan, Kampung Baharu Batu Caves.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.