ad
AGENSI

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap tiga pembuat keris

9 Mac 2025, 2:00 PM
Sultan Selangor berkenan menerima menghadap tiga pembuat keris
Sultan Selangor berkenan menerima menghadap tiga pembuat keris

SHAH ALAM, 9 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima menghadap tiga orang alumni program Talent For The World anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dalam seni pembuatan keris.

Menurut Selangor Royal Office, mereka adalah Ahmad Azuan Othman, Abdul Hakim Zulkifli dan Muzaffar Mohd Zafri yang telah dilatih di bawah lima orang guru keris dengan pengkhususan yang berbeza selama lebih dua tahun.

Pada sesi menghadap ini, masing-masing mempersembahkan dua bilah keris, enam bilah kesemuanya, yang ditempah khas oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

[caption id="attachment_690789" align="aligncenter" width="691"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dipersembahkan keris hasil karya tiga orang alumni program Talent For The World anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dalam seni pembuatan keris pada 9 Mac 2025. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Abdul Hakim mempersembahkan Keris Bugis Luk 3 dengan Aksesori Perak dan Keris Sepukal dengan Aksesori Perak.

Ahmad Azuan menyiapkan Keris Sepukal Pahang Bertulang Bulat dan Keris Marellu Bombang Lamba (Luk 5) Pahang Berpamor.

Muzaffar pula mempersembahkan Keris Pahang Luk 3 dan Keris Pandai Saras.

Hasil kraf mereka sebelum ini telah dipamerkan pada Disember 2022 bersama koleksi keris DYMM Sultan Selangor di Islamic Arts Museum Malaysia, Kuala Lumpur.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.