ad
AGENSI

2,302 anak yatim daerah Klang terima sumbangan Aidilfitri Yide

9 Mac 2025, 9:00 AM
2,302 anak yatim daerah Klang terima sumbangan Aidilfitri Yide
2,302 anak yatim daerah Klang terima sumbangan Aidilfitri Yide
2,302 anak yatim daerah Klang terima sumbangan Aidilfitri Yide

KLANG, 9 MAC: Seramai 2,302 anak yatim daerah Klang menerima sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjumlah RM345,300, tahun ini.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor hari ini berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan secara bersemuka kepada sebahagian anak yatim daerah ini, melibatkan 660 penerima.

Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM99,000 itu sempena majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Al-Islah, Kampung Sementa di sini.

[caption id="attachment_690741" align="aligncenter" width="694"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pengerusi Yide, Tan Sri Mazlan Mansor berkata baki sumbangan melibatkan 1,642 penerima, berjumlah RM246,300 telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing bagi memastikan mereka tetap menerima bantuan yang diperuntukkan.

“Sumbangan ini bertujuan menyantuni serta meringankan beban anak-anak yatim sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang,” katanya dalam sembah ucapan sempena majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Raja Muda turut berkenan menyaksikan penyerahan cek cura kepada Yide, berjumlah RM90,000 yang disumbangkan TERAJU Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) sebanyak RM50,000 dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM40,000.

[caption id="attachment_690740" align="aligncenter" width="680"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan dari wakil TERAJU Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) berjumlah RM50,00 kepada kepada Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor selepas majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Klang pada 9 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda selepas itu turut berkenan menunaikan solat zuhur berjemaah bersama kira-kira 100 hadirin.

Mazlan sebelum ini memaklumkan seramai 13,000 anak yatim seluruh Selangor menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.95 juta, tahun ini.

Menurutnya ia adalah manifestasi keprihatinan agensi itu, dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak yatim di negeri ini terus terbela, selari titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai kepentingan menjaga kebajikan golongan itu di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.