ad
AGENDA

MB berbuka puasa bersama 500 warga kerja pelbagai agensi, jabatan di Gombak

8 Mac 2025, 3:56 PM
MB berbuka puasa bersama 500 warga kerja pelbagai agensi, jabatan di Gombak
MB berbuka puasa bersama 500 warga kerja pelbagai agensi, jabatan di Gombak

AMPANG JAYA, 8 MAC: Seramai 500 warga kerja pelbagai agensi dan jabatan di daerah Gombak dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar di Dewan AU2 di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Mohd Kamri Kamaruddin, Pegawai Daerah Gombak Azlina Aziz dan Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli.

Warga kerja yang hadir membabitkan agensi dari Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Majlis Perbandaran Selayang.

[caption id="attachment_690644" align="alignleft" width="529"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Iftar Ramadhan bersama Dato' Menteri Besar Selangor di Dewan AU2, Hulu Kelang pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dato’ Seri Amirudin Shari dalam ucapannya berkata program anjuran Parlimen Gombak bertujuan mengukuhkan ukhuwah sebagai sebuah pasukan yang bekerja untuk membawa kemakmuran, kestabilan dan kejayaan di negeri ini.

“Semangat toleransi dan memahami antara satu sama lain antara ketua jabatan adalah penting selain elakkan perseteruan selaku pembuat serta pelaksana dasar,” katanya ketika berucap.

Ahli Parlimen Gombak itu sempat beramah mesra dengan warga kerja yang hadir sebelum meninggalkan majlis.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.