ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga TLDM

8 Mac 2025, 3:41 PM
Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga TLDM

PELABUHAN KLANG, 8 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Pahang dan KD Terengganu di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM disambut Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Datuk Abd Hamid Hussain.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan keluarga warga TLDM yang menghidap penyakit kronik sebelum menyaksikan sunset ceremony iaitu upacara menurunkan bendera ketika matahari terbenam yang dilaksanakan di KD Terengganu.

Baginda kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama kira-kira 300 warga TLDM.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.