ad
AGENDA

Bayi lelaki bertali pusat ditemukan di atas rumput tepi jalan

8 Mac 2025, 2:18 PM
Bayi lelaki bertali pusat ditemukan di atas rumput tepi jalan

SEMPORNA, 8 MAC: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput di tepi jalan di Kampung Keramat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata bayi itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1 tengah hari dan kini dirawat di Hospital Semporna.

"Doktor mengesahkan bayi seberat 3.1 kilogram itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Sabri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di talian 089-782020 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.