ad
AGENSI

Yide peruntuk RM1.95 juta sumbangan Aidilfitri kepada 13,000 anak yatim tahun ini

8 Mac 2025, 1:46 PM
Yide peruntuk RM1.95 juta sumbangan Aidilfitri kepada 13,000 anak yatim tahun ini
Yide peruntuk RM1.95 juta sumbangan Aidilfitri kepada 13,000 anak yatim tahun ini
Yide peruntuk RM1.95 juta sumbangan Aidilfitri kepada 13,000 anak yatim tahun ini

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 13,000 anak yatim seluruh Selangor akan menerima sumbangan Aidilfitri melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.95 juta, tahun ini.

Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor berkata insiatif itu adalah manifestasi keprihatinan agensi itu, dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anak yatim di negeri ini terus terbela.

“Yide dengan penuh takzim menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) mengenai kepentingan menjaga kebajikan anak-anak yatim di Selangor.

[caption id="attachment_690560" align="aligncenter" width="940"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada 580 anak yatim daerah Petaling
di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam pada 8 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selain itu, memastikan anak-anak yatim mendapat pendidikan, keperluan asas yang sempurna serta memperoleh tempat tinggal yang selesa dan terjamin,” katanya dalam sembah ucapan sempena majlis serahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di sini hari ini.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan serahan sumbangan Aidilfitri kepada 580 anak yatim daerah Petaling berjumlah RM87,000.

Ia adalah sebahagian daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM361,950 yang diperuntukkan untuk 2,413 anak yatim daerah Petaling bagi sumbangan Aidilfitri, tahun ini.

[caption id="attachment_690570" align="aligncenter" width="1345"] Anak-anak yatim menunjukkan sampul duit raya pada majlis sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam pada 8 Mac 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.