ad
AGENDA

MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak

8 Mac 2025, 10:00 AM
MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak
MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak
MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak
MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak
MB edar kotak makanan, bubur lambuk kepada warga Taman Seri Gombak

GOMBAK, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk melalui Program Gerak Rahmah di Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Gombak A di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang tiba pada jam 2.30 petang turut menyampaikan 10 bakul kotak makanan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan.

Hadir sama EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Nasional (JPNIN) Selangor Burhanuddin Daud serta Pegawai Daerah Gombak Azlina Aziz.

[caption id="attachment_690595" align="aligncenter" width="1048"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada penerima ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin mengagihkan 500 bubur lambuk percuma menerusi kaedah pandu lalu pada program anjuran JPNIN Selangor itu bagi meraikan Ramadan bersama warga Taman Seri Gombak.

Ahli Parlimen Gombak itu seterusnya melawat kebun komuniti KRT selain meluangkan masa bertanya khabar kepada penduduk setempat.

Dato’ Menteri Besar dijadual mengedar kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan AU2 Hulu Kelang petang ini.

[caption id="attachment_690596" align="aligncenter" width="917"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengacau bubur lambuk bersama penduduk ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_690597" align="aligncenter" width="1179"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagihkan bubur lambuk secara pandu lalu kepada penduduk ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_690599" align="aligncenter" width="941"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat hasil tanaman bayam di kebun komuniti ketika program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Selangor di KRT Taman Seri Gombak, Gombak pada 8 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.