ad
AGENDA

Anwar: Raikan keberanian, pengorbanan, peranan luar biasa wanita

8 Mac 2025, 9:09 AM
Anwar: Raikan keberanian, pengorbanan, peranan luar biasa wanita

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Wanita yang disambut hari ini adalah bagi meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut menyifatkan ibunya Allahyarham Che Yan Hamid Hussein dan isteri tercinta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai sumber kekuatan dalam menuntut keadilan serta meneruskan perjuangan demi rakyat.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi sekeping gambar beliau serta Wan Azizah bersama Allahyarham Che Yan Hamid Hussein.

“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” katanya yang turut mengucapkan ucapan Selamat Hari Wanita.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.