SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 1,500 pengunjung menyertai Iftar Ala Madinah @ Karangkraf yang berlangsung pada 4 Mac lalu di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini.
Pengurus Besar Kanan KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud berkata menerusi program itu pihaknya turut menyumbang 14 komputer riba kepada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Subang Jaya.
“Majlis berbuka ini diadakan sebahagian untuk kita berkongsi rezeki kepada masyarakat dan mengajak mereka mengelakkan pembaziran makanan.
[caption id="attachment_690553" align="aligncenter" width="716"] Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir (tengah, duduk) bergambar bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Subang Jaya pada Majlis Iftar Ala Madinah di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 pada 4 Mac 2025. Foto KDEBWM[/caption]
“Komputer riba itu juga diberi bagi membantu proses pembelajaran kanak-kanak di rumah anak yatim ini dan menjadikan mereka celik kemahiran digital,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Rizal berkata KDEBWM juga bakal menganjurkan program berbuka puasa Ala Madinah bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 11 Mac ini.
“Majlis berbuka bersama pelajar UIAM ini diadakan untuk menyantuni pelajar dan pada masa sama menjimatkan kos perbelanjaan berbuka puasa mereka.
“KDEBWM komited dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan berharap inisiatif ini dapat mengeratkan lagi hubungan,” katanya.