ad
AGENDA

Lantai tingkat satu runtuh, seorang wanita cedera parah dihempap serpihan batu

8 Mac 2025, 3:47 AM
Lantai tingkat satu runtuh, seorang wanita cedera parah dihempap serpihan batu

KOTA KINABALU, 8 MAC: Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dua jentera bomba bersama 13 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8 malam.

"Wanita berumur 51 tahun itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari in.

Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan berkenaan atas faktor keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada 9.38 malam.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.