ad
BERITA UTAMA

Selangor, MDEC bincang kerjasama bantu usahawan digital

7 Mac 2025, 11:05 AM
Selangor, MDEC bincang kerjasama bantu usahawan digital

SHAH ALAM, 7 MAC: Kerajaan Negeri dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama bagi membantu usahawan memantapkan transformasi digital.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beberapa peluang telah dikenal pasti untuk menyokong ekosistem pendigitalan kepada usahawan di negeri ini.

“Dalam perbincangan, MDEC menerangkan peranan mereka menggalakkan transformasi digital serta mengembangkan ekosistem teknologi dan inovasi di Malaysia.

“Mereka turut memperincikan pelbagai program pembangunan kapasiti serta sokongan kepada syarikat tempatan melalui inisiatif platform eUsahawan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Amirudin menerima kunjungan hormat pihak pengursuan MDEC yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Anuar Fariz Fadzil.

Amirudin turut menjelaskan kepada MDEC berhubung inisiatif Kerajaan Selangor terutama dalam bidang pendigitalan termasuk sokongan kepada usahawan melalui Platform Selangor (PLATS) dan Smart Selangor SME Platform.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.