ad
BERITA UTAMA

Elak membazir, MBSA agih 1,284kg lebihan makanan bazar ke masjid

7 Mac 2025, 7:00 AM
Elak membazir, MBSA agih 1,284kg lebihan makanan bazar ke masjid
Elak membazir, MBSA agih 1,284kg lebihan makanan bazar ke masjid

SHAH ALAM, 7 MAC: Sejumlah 1,284 kilogram (kg) lebihan makanan dikutip dalam tempoh tiga hari dekat sini, menerusi program MySave Food@Ramadan Bazar.

Datuk Bandar Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pengumpulan makanan itu melibatkan lima lokasi bazar iaitu di Seksyen 13, Seksyen 17, Seksyen 19, Seksyen 28 dan Seksyen U16.

[caption id="attachment_669475" align="alignleft" width="344"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim[/caption]

“Alhamdulillah, program dilaksana bagi mengelak pembaziran makanan dan membantu golongan memerlukan yang memasuki siri kelima terus mendapat sambutan sejak bermula 4 Mac lalu.

“Hari pertama kita berjaya kumpul 231.4kg, manakala keesokan harinya 564.2kg dan semalam 488.4kg. Untuk semalam kita agihkan ke Politeknik Shah Alam, Masjid Al Amin Seksyen 17, Surau Al Amin Seksyen 19 dan Surau Nurul Iman Pangsapuri Teratai Seksyen U16,” katanya kepada Selangorkini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulakan Program MySave Food@Ramadan Bazar sejak 2020 dengan mengumpul lebihan makanan tidak habis dijual di bazar Ramadan untuk diagih kepada golongan memerlukan.

Tahun lalu, lebih 7,000 kilogram berjaya dikumpul menerusi program bawah Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa melibatkan tiga lokasi bazar Ramadan dan diagihkan ke 17 lokasi.

Peniaga bazar di lokasi yang terlibat boleh menghantar lebihan makanan yang tidak habis dijual ke khemah MBSA MySave Food.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.