ad
AGENSI

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan pengerusi Mais baharu

7 Mac 2025, 5:16 AM
Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan pengerusi Mais baharu

SHAH ALAM, 7 MAC: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada senator Dato' Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang baharu dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Mais di Istana Alam Shah, Klang semalam.

Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi Mais baharu dan dua anggota baharu, iaitu Datuk Emran Kadir serta Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, turut menghadap pada majlis pengurniaan watikah sebagai anggota Mais ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Pegawai Kewangan Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin.

Beliau berkata tempoh lantikan anggota Mais yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 sehingga 31 Disember 2026.

Menurut beliau, pelantikan anggota Mais yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2025 hingga 31 Disember 2026, menjadikan keseluruhan anggota bagi sesi 2024-2026 seramai 21 orang yang diketuai Salehuddin.

"Pelantikan ini selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.