ad
PBT

MPKj: Tiada kelulusan jual makanan di Festival Mega Raya Bangi

6 Mac 2025, 7:48 AM
MPKj: Tiada kelulusan jual makanan di Festival Mega Raya Bangi

Oleh Rafiqah Rauf

KAJANG: Tiada permohonan diterima atau kelulusan dikeluarkan bagi jualan makanan dan makanan di Festival Mega Raya Bangi 2025.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjelaskan penganjuran festival tersebut hanya melibatkan jualan barangan am dan keperluan hari raya.

"MPKj juga masih belum menerima sebarang bayaran permit perniagaan sementara bagi aktiviti tersebut daripada penganjur sepertimana yang tular," katanya dalam kenyataan.

MPKj turut memaklumkan khemah di tapak festival bukan dipasang pihaknya, sebaliknya oleh penganjur, selain peniaga terlibat ditawar lokasi gerai juadah Ramadan berhampiran.

Semalam, satu video tular di media sosial memaparkan beberapa peniaga tidak berpuas hati kerana tidak dapat meneruskan jualan makanan dan minuman di tapak festival berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.