ad
AGENDA

Penyanyi 'Bae Sobar Bae', suami bebas tuduhan miliki pil kuda

6 Mac 2025, 4:19 AM
Penyanyi 'Bae Sobar Bae', suami bebas tuduhan miliki pil kuda

SHAH ALAM, 6 MAC: Mahkamah Narathiwat hari ini membebaskan penyanyi dikir barat Malaysia dan lima lagi daripada tuduhan miliki 6,059 biji pil kuda pada 1 November lalu.

Keputusan dua panel hakim dibuat terhadap Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, lapor Berita Harian.

Empat lagi yang dibebaskan ialah Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka dikenakan penjara enam bulan dan denda RM526 setiap seorang, namun tempoh pemenjaraan itu selesai disebabkan tertuduh berkelakukan baik.

Eda Ezrin yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae' serta lima yang lain menangis dan berpelukan di kandang tertuduh selepas dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Menerusi hujahan penghakiman, hakim berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan semua tertuduh.

Malah, katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.