Tidak lengkap rasanya jika tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadan setiap kali bulan puasa. Suasananya yang meriah sentiasa menarik ribuan pengunjung hadir bagi mendapatkan aneka juadah untuk santapan berbuka puasa.
Harmoninya, bazar Ramadan bukan sahaja menjadi lubuk makanan enak untuk umat Islam, ia juga menarik kehadiran masyarakat bukan Islam sekali gus membuka peluang kepada peniaga menjana pendapatan.
Lazimnya, antara menu paling laris dibeli di bazar Ramadan adalah air tebu, kuih tepung pelita, martabak, roti john, sate dan ayam percik. Apapun, berpada-pada dalam membeli dan elak pembaziran.
Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN merakam kemeriahan bazar Ramadan di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Hulu Langat, Jalan Sejati 1 Kampung Ijok, Kuala Selangor dan Taman Medan, Petaling Jaya.
[caption id="attachment_690195" align="aligncenter" width="713"] Pelbagai jenis air dijual di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690196" align="aligncenter" width="718"] Mohd Azam Kasim membakar kepak ayam madu yang dijual pada harga RM2.50 di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025.[/caption]
[caption id="attachment_690197" align="aligncenter" width="749"] Mohd Fadhirul Nawi menjual roti john pada harga bermula dari RM10 di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690198" align="aligncenter" width="701"] Orang ramai beratur untuk membeli ayam madu otai yang dijual pada harga RM28 seekor di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690199" align="aligncenter" width="763"] Pemuzik jalanan Nasa & Frenz menghiburkan pengunjung bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690201" align="aligncenter" width="811"] Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Taman Medan, Petaling Jaya pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690202" align="aligncenter" width="763"] Orang ramai menyerbu gerai yang menjual pelbagai kuih-muih di bazar Ramadan Taman Medan, Petaling Jaya pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690203" align="aligncenter" width="809"] Peniaga martabak sibuk menyiapkan murtabak untuk dijual di bazar Ramadan Ijok, Kuala Selangor pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690204" align="aligncenter" width="811"] Ayam bakar madu turut dijual di bazar Ramadan Ijok, Kuala Selangor pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690205" align="aligncenter" width="810"] Ikan bakar antara menu yang popular di bazar Ramadan Ijok, Kuala Selangor pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690206" align="alignnone" width="814"] Orang ramai membeli air balang di bazar Ramadan Ijok, Kuala Selangor pada 2 Mac 2025. [/caption]
[caption id="attachment_690207" align="aligncenter" width="705"] Gerai aneka kuih-muih terus menjadi tumpuan orang ramai di bazar Ramadan Taman Medan, Petaling Jaya pada 2 Mac 2025. [/caption]