SHAH ALAM, 6 MAC: Beberapa kediaman dan gerai sekitar Parit 4, Sekinchan mengalami kerosakan akibat kejadian puting beliung sekitar jam 7.30 pagi tadi.
Menerusi potongan video yang tular di media sosial, bumbung kediaman penduduk diterbangkan setinggi lebih 50 meter, termasuk binaan kecil di tepi jalan.
Portal Buletin Utama melapokan bencana ketika hujan lebat itu turut meranapkan deretan kedai, rumah inap desa dan bengkel jentera penanaman padi.
Insiden itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Azaharudin Tajudin.