SABAK BERNAM, 5 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Seri Kedah, Sekinchan di sini, hari ini.
Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM242,500 kepada 485 penerima meliputi asnaf fakir, miskin dan mualaf sekitar Sabak Bernam.
Dalam majlis sama, Sultan Sharafuddin diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan merasmikan Masjid Kampung Seri Kedah yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Tali Air 8.
Masjid Kampung Seri Kedah yang mampu memuatkan sehingga 500 jemaah, melalui proses baik pulih pada 2013 hingga Jun 2016, dengan peruntukan RM1.8 juta daripada negeri dan Persekutuan.
Baginda turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf dan rakyat di masjid berkenaan.
Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajudin dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.
[caption id="attachment_690145" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Masjid Seri Kedah Tali Air 8 Sekinchan Selangor pada 5 March 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690146" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Masjid Seri Kedah Tali Air 8 Sekinchan Selangor pada 5 March 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690148" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Masjid Seri Kedah Tali Air 8 Sekinchan Selangor pada 5 March 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]