ad
AGENDA

Selangor umum bantuan khas kewangan tambahan 19 Mac ini

5 Mac 2025, 9:36 AM
Selangor umum bantuan khas kewangan tambahan 19 Mac ini

Oleh Dewi Abdul Rahman

SABAK BERNAM, 5 MAC: Kerajaan Selangor akan mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) tambahan kepada penjawat awam dan Ahli Dewan Negeri (ADN) 19 Mac ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat EXCO pagi tadi.

"Antara yang penting ialah negeri telah menetapkan (kadar) tambahan untuk BKK 1.0 yang telah kita umumkan.

"Tapi kita akan umumkan ketika pertemuan dengan penjawat awam pada majlis rapat Ramadan 19 Mac nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Makmuriah, Pekan Sungai Besar di sini, hari ini.

Dalam program sama, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada masjid berkenaan sempena Ramadan.

Amirudin sebelum ini memberitahu Kerajaan Negeri mempertimbang untuk menambah BKK kepada penjawat awam dan ADN bulan ini dalam sidang Dewan Negeri Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.