SABAK BERNAM, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menziarahi empat kediaman asnaf di sekitar Sungai Besar sempena program Ramadan, hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bakul makanan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta zakat.
[caption id="attachment_690081" align="alignleft" width="338"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemui pemberita selepas menziarahi kediaman asnaf di Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar pada 5 Mac 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Beliau berkata, kunjungan ke rumah penerima bantuan asnaf terpilih akan diteruskan selepas ini menerusi inisiatif bersama barisan pemimpin Kerajaan Negeri.
“Sebagai bantuan tambahan, kita serah sumbangan MBI iaitu bakul makanan. PKPS turut menghukurkan sumbangan makanan dan juga zakat di setiap rumah terbabit.
“Ini akan jadi tradisi kita dan untuk lawatan seterusnya, saya akan minta semua EXCO pergi ke beberapa rumah untuk bertemu masyarakat setiap kali kita ada lawatan bersama-sama,” katanya kepada Media Selangor.
[caption id="attachment_690082" align="alignright" width="338"] Penerima sumbangan Nor' Aini Hazali. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Kunjungan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato’ Ts Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.
Sementara itu, salah seorang penerima, Nor' Aini Hazali, 63, meluahkan rasa syukur apabila Dato' Menteri Besar sudi meluangkan masa menziarahi suaminya, Salim Chia Abdullah yang terlantar akibat sakit angin ahmar.
“Barangan dan wang sumbangan ini boleh lah menampung untuk Ramadan dan juga sambutan Hari Raya nanti.
"Terima kasih kerana sudi ziarah, ini pun sudah cukup bermakna, besar ertinya untuk kami sekeluarga di bulan yang mulia ini,” kata ibu seorang anak ini.
[caption id="attachment_690080" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi kediaman asnaf di Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar pada 5 Mac 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]