ad
AGENSI

Infak bakul makanan jenama Ehsan keluaran PKPS serendah RM45

5 Mac 2025, 8:01 AM
Infak bakul makanan jenama Ehsan keluaran PKPS serendah RM45
Infak bakul makanan jenama Ehsan keluaran PKPS serendah RM45

SHAH ALAM, 5 MAC : Orang ramai yang ingin berinfak boleh membeli bakul makanan jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sempena Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata terdapat tiga jenis bakul yang masing-masing dijual pada harga RM45, RM60 dan RM95.

"Objektif pelaksanaan program bakul infak ini bagi memudahkan orang ramai atau mana-mana agensi yang ingin menyumbang terutama pada bulan mulia ini.

[caption id="attachment_674125" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi bercakap kepada media di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Bakul yang ditawarkan juga lengkap dengan pelbagai barangan asas antaranya beras, minyak masak, tepung, bihun, biskut jagung, gula, sos cili, kicap, sardin dan kordial sirap," katanya kepada Selangorkini.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi talian hotline 019-316 2400 (Rashidah) atau 013-698 5058 (Yana) atau imbas kod QR yang tertera di poster.

Ehsan PKPS memasarkan produk pertanian dan makanan yang dihasilkan agensi itu selain pengusaha tempatan khususnya dari Selangor.

Jenama itu didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada September 2021 dan dilancarkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada November 2021.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.