ad
BERITA UTAMA

4,000 kupon RM10 diagih di 10 bazar Ramadan, rancak agenda pendigitalan

5 Mac 2025, 1:00 AM
4,000 kupon RM10 diagih di 10 bazar Ramadan, rancak agenda pendigitalan
4,000 kupon RM10 diagih di 10 bazar Ramadan, rancak agenda pendigitalan
4,000 kupon RM10 diagih di 10 bazar Ramadan, rancak agenda pendigitalan
4,000 kupon RM10 diagih di 10 bazar Ramadan, rancak agenda pendigitalan

SHAH ALAM, 5 MAC: Sebanyak 4,000 kupon digital bernilai RM10 diagih di 10 bazar Ramadan menerusi program Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar, kata EXCO keusahawanan.

Mohd Najwan Halimi berkata kupon RM10 membabitkan peruntukan RM40,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mula diagih di bazar Ramadan Stadium Shah Alam, semalam.

[caption id="attachment_689989" align="aligncenter" width="698"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai 2025 di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 pada 4 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebanyak 500 kupon digital diagihkan kepada pengunjung bazar yang mereka boleh gunakan dengan mengimbas sahaja di gerai yang berdaftar bawah PLATS.

“Agihan kupon digital ini adalah sebahagian daripada penggunaan teknologi dalam perniagaan selaras dengan agenda pendigitalan usahawan selain dapat meningkatkan keberkesanan operasi peniaga,” katanya.

Mohd Najwan ditemui pada program jelajah bazar Ramadan sempena Ihya’ Ramadan Selangor yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Dato' Ts Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

[caption id="attachment_689994" align="aligncenter" width="812"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halim (tiga, kanan) melakukan gimik pelancaran kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai 2025 di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 pada 4 Mac 2025. Turut serta Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Ts Saipolyazan Mat Yusop (kanan). Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menerusi program tersebut, MBI turut mengagihkan 1,000 kotak kurma kepada pengunjung bazar selain penyerahan kit khas seperti apron, topi dan bahan promosi kepada peniaga PLATS.

Mengulas mengenai jelajah bazar Ramadan, Mohd Najwan menjelaskan program dengan kerjasama Agrobank dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu khusus untuk memperkasa peniaga kecil sepanjang Ramadan.

“Untuk program ini, PBT terlibat Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang,” katanya.

Mula diperkenal pada Ramadan 2020, PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor dan setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancar bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

[caption id="attachment_689987" align="aligncenter" width="748"] Pengunjung mengimbas kos QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 pada 4 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 2023 MBI turut memperkenal Kempen PLATS Masuk Pasar selama dua bulan di 12 lokasi terpilih seluruh negeri dengan mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5.

Setakat Oktober tahun lalu, seramai 40,000 peniaga melibatkan semua produk niaga sudah menyertai platform berkenaan dan Kerajaan Negeri menyasarkan 50,000 peniaga menyertainya menjelang 2026.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.