AMPANG JAYA, 4 MAC: Parlimen Ampang meraikan 138 anak yatim dan ibu tunggal dari dua buah rumah kebajikan pada majlis berbuka puasa di Restoran Sambal Bakar On Fire, di sini malam ini.
Dua buah rumah kebajikan itu ialah Rumah Kasih Nurul Hasanah dan Rumah Qaseh Ibu.
Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata pihaknya membelanjakan RM5,000 untuk meraikan 100 anak yatim dan 38 ibu tunggal itu termasuk sumbangan duit dan pakaian hari raya.
“Untuk berbuka puasa ditaja oleh pemilik restoran yang juga merupakan Ahli Dewan Negara Senator Datin Ros Suryati Alang.
“Untuk bantuan kewangan Parlimen Ampang membelanjakan sejumlah RM5,000 untuk 100 anak yatim dan 38 ibu tunggal. Mereka (anak yatim) juga akan dibawa untuk membeli baju raya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.
Pada masa sama, Rodziah memaklumkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim itu adalah kesinambungan aktiviti yang diadakan pada setiap tahun untuk meraikan dan merapatkan hubungan silaturrahim.
“Majlis hari ini saya mendapat jemputan daripada Senator Ros Suryati di restoran miliknya di sini untuk meraikan anak yatim serta ibu tunggal dari kawasan Ampang. Saya bersyukur dengan tawaran ini.
“Setiap kali Ramadan saya lebih suka meraikan anak yatim di majlis sebegini berbanding di rumah mereka sejak menjadi Ahli Parlimen Ampang tiga tahun lalu,” ujarnya.
[caption id="attachment_689953" align="aligncenter" width="700"] Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sempena Majlis Tautan Kasih Ihya Ramadan bersama Ahli Parlimen Ampang di Ampang Jaya pada 04 March 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_689954" align="aligncenter" width="700"] Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sempena Majlis Tautan Kasih Ihya Ramadan bersama Ahli Parlimen Ampang di Ampang Jaya pada 04 March 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_689955" align="aligncenter" width="700"] Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal sempena Majlis Tautan Kasih Ihya Ramadan bersama Ahli Parlimen Ampang di Ampang Jaya pada 04 March 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]